Kerjaya muzik Brian_May

1968–1970: Smile

Pada 1968, May dan seorang rakan belajar iaitu Tim Staffell membentuk suatu kugiran muzik; mereka turut disertai seorang pelajar perubatan bernama Roger Taylor yang menguji bakat sebagai pemain dram di sana. Kugiran ini memebuat kontrak dengan Mercury Records pada tahun 1969, serta pertama kalinya membuat rakaman di kemudahan disediakan Trident Studios pada tahun sama. Staffell pada ketika ini menghadiri Ealing Art College dengan seorang rakan bernama Farrokh ("Freddie") Bulsara, di sanalah Bulsara diperkenalkan kepada kugiran ini.

Smile terbubar setelah Staffell memutuskan bertukar kugiran ke Humpy Bong pada tahun 1970;[9] anggota-anggota lain ada terfikir mahu berhenti bermain muzik namun dipujuk Freddie (pada ketika ini telah menukar nama keluarganya kepada Mercury[9]) untuk bersambung. Freddie turut menjadi vokalis utama, di sinilah kugiran ini berubah bentuk dengan nama barunya iaitu Queen.[9]

1970–1995: Queen

2000-an, kolaborasi baru dengan artis lain (Queen + )

Kerja solo lain

Pada 21-22 April 1983, May berada di Los Angeles bersama Eddie Van Halen; mereka pada asalnya melepak semata-mata namun hasil pergaulan mereka membawa kepada suatu album mini dihasilkan bersama berjudul Star Fleet Project.